Kenali Diriku

My photo
Air Itam, Penang, Malaysia
Aku Nurul Hidayah bt Aman. Dilahirkan pada 12/11/79.Berstatus isteri dan Mama kepada tiga cahayamata ini.

Tuesday, October 6, 2009

Kelahiran Nursufiah Hana










Nursufiah Hana lahir selepas sehari dpd tarikh yg dijangkakan pd bulan Ramadhan iaitu 08/10/2005. Mama sempat berpuasa selama 2 hari dan pd hari ke-3 selepas check up doktor mengesahkan bayi sudah matang dan sudah sampai masanya utk Mama melahirkan Nursufiah Hana. Mama didaftarkan masuk ke wad tetapi disebabkan baju raya belum lg beli. Mama minta tempoh sebelum pukul 3 ptg. Mama sempat beli tudung dan baju raya di Bazar Penang. Mama langsung tak merasa sakit seperti nak bersalin. Apabila balik drp bershopping barulah ada tanda2 nak bersalin. Dengan tergesa2 Abah terus membawa Mama masuk ke dlm Wad.

Di dalam wad Mama masih belum bersalin dan pd keesokan harinnya Mama diindius. Doktor memasukkan ubat untuk memaksa bersalin. Drp pagi hingga ke ptg Mama menahan kesakitan utk bersalin tetapi rahim belum lagi terbuka. Pd pukul 6 petang sekali lg doktor memasukkan ubat. Semakin lama sesakitan semakin kerap. Mama tahu masa untuk melahirkan Nursufiah Hana semakin hampir.

Pd lebih kurang pukul 8 setengah mlm Mama dimasukkan ke kamar bersalin. Mama melalui satu pengalaman yg amat genting. Mama hampir gagal untuk melahirkan Nursufiah Hana secara normal kerana Mama sudah kehilangan tenaga. Selama sehari suntuk Mama menahan kesakitan nak bersalin. Mungkin itu yg menyebabkan Mama kehilangan tenaga. Kepala Nursufiah Hana nyaris di vakum kerana Mama gagal meneran dengan baik. Alhamdulillah semangat tiba2 datang kerana Mama tak membenarkan doktor menggunakan vakum utk mengeluarkan baby.Abahlah yang memberi semangat sepanjang Mama bertarung dengan kesakitan. Abah menemani Mama di sisi sehingga Nursufiah Hana selamat dilahirkan pd pukul 10 mlm. Abah mencium pipi Mama dan memberitahu Mama bayi yg Mama lahirkan adalah bayi perempuan.

Saat genting berlalu. Seberat 2.8 kg Mama menatang dengan penuh kesyukuran. Semalaman Mama tak tidur dengan menatap wajah comel Nursufiah Hana. Mama peluk Nursufiah Hana sepanjang malam. Segala kesakitan dan keletihan bertarung antara hidup dan mati hilang sekelip mata.

Nursufiah Hana memberikan satu pengalaman kepada Mama. Sejak daripada mengandung 9 bulan hingga melahirkan dan membesarkan, seorang ibu telah berkorban utk anak. Mama mula mengerti mengapa yg dikatakan syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Melahirkan Nursufiah Hana adalah pengalaman pertama Mama. Sejak itu Mama semakin menghargai Tuk Gemuk. Rasa sayang dan kasih yang tak terhingga. Mama tahu wlu dgn Emas segunung pun tak akan dpt membalas jasa Tuk Gemuk yg melahirkan dan menjaga Mama drp kecil sehingga menjadi ibu kepada Nursufiah Hana. Tapi sayang Mama tak punya kesempatan yg lama untuk terus bermanja dgn Tuk Gemuk kerana telah tersurat Tuk Gemuk pergi menyahut panggilan ilahi pd usia Nursufiah Hana setahun setengah.