Kenali Diriku

My photo
Air Itam, Penang, Malaysia
Aku Nurul Hidayah bt Aman. Dilahirkan pada 12/11/79.Berstatus isteri dan Mama kepada tiga cahayamata ini.

Saturday, October 12, 2013

Rindu Menguasai



Ada di kpg x mententeram jiwa juga.. di kpg lglah rindu menguasai.. segala semua brg adalah kenangan.. terutamanya dapur.. teringin bila aku buka mata wajah ibu di depan mata.. semoga kehilangan ibu ini hanya sebuah mimpi.. tp malangnya inilah hakikat yg harus aku tempuh.. satu suratan yg wajib aku redha..

Klu ada mak pasti hidup lebih bermakna.. kegembiraan aku dan cahayamataku boleh dikongsikan bersama.. dgn adanya 3 org cahayamata ini pasti mak akan lebih bahagia.. aku tak mampu memberi kesenangan pd mak.. membahagiakan mak semasa hayat mak.. tp klu mak masih ada.. 3 org cahayamata ini akan membuatkan hidup mak mcm pelangi..

Nursufiah Hana akan menjd teman mak utk bersembang.. pasti mak akan ada teman bila di dapur..sbb dia sgt rajin.. teman bercerita atau pun teman bertukar resepi dan menghintung menu.. dia juga akan menjd penglipurlara utk mak.. sebab dia seorg pencerita yg sgt baik..

Muhammad Haikal pun boleh tahan bila berceloteh.. teman yg akan mengusik mak.. pasti menu mak setiap hari adalah nasi ayam.. mak kan suka memasak.. dia boleh menjd juri utk setiap masakan mak. Dia juga akan mencabar tahap kesabaran mak sebab dia seorg yg sangat tekad dgn setiap keputusan dan kemahuannya.. tp aku yakin dan pasti.. mak pasti suka dgn kecomelan dan muka kasihannya..

Muhammad Hadziq pula akan menyebukkan mak dgn kerjanya.. letih bekerja dia akan mandi.. dia memang seorg kuat bekerja.. kerja hingga mengeluarkan peluh yg sgt masam.. dia memang tak duduk diam.. ada saja yg akan dibuatnya.. dia sgt cute dan comel.. lincah dan sangat suka tersenyum.. namun bagitu dia senang dijaga.. dia akan menghiburkan mak dgn telatahnya.. kadang2 dia akan mempersembahkan sesuatu yg tak dijangka.. tiba2 dia akan menyanyi.. menyepak bola mcm gaya profesional.. menari dgn rancak dan membuat mimik muka dan buat bunyi2 yg menarik.. maklumlah sekarang sedang belajar bercakap..