Kenali Diriku

My photo
Air Itam, Penang, Malaysia
Aku Nurul Hidayah bt Aman. Dilahirkan pada 12/11/79.Berstatus isteri dan Mama kepada tiga cahayamata ini.

Friday, March 18, 2011

Salfira Country Club

Di sini bermula...

Hari ini Mama kembali menjejakkan kaki ke sini..


Tempat di mana Mama jatuh cinta dgn Abah.. Betapa terusiknya hati Mama bila suasananya.. cuacanya dan susunan perabotnya masih sama seperti 7 tahun yg lalu yg lalu..

Biar pun tanpa Abah menemani di saat ini kerana Mama ke sini utk majlis farewell teman sekerja Mama.. perasaan bersama Abah pd ketika itu terimbas kembali. Mama duduk di tempat yg sama pd 7 tahun yg lalu.. terbayang Abah yg duduk di hadapan Mama dan sentiasa tersenyum. Bukan hanya Abah dan Mama di sini tetapi teman2 sekelas yg lain turut berkumpul dan bersembang.. Betapa hensemnyer senyuman Abah ketika itu.. begitu mencairkan hati Mama.. 8 tahun tak pernah bertemu Abah selepas tamat persekolahan.. betapa drastiknya perubahan fizikal Abah.. terdetik di hati Mama.. mengapa selama 2 tahun sekelas dgn Abah Mama tak perasan yg Abah ini hensem dan sedap mata memandang. Mungkin pd saat itu focus pd study mengatasi segalanya.. cewahh..


Farewell Kak Mashitah..

Dan Mama tak sangka bermula drp pertemuan itulah yg membawa kpd sebuah ikatan perkahwinan.. segalanya pantas berlaku.. 3 bulan drp tarikh itu Mama dan Abah mengambil keputusan utk bertunang.. selepas 6 bulan bertunang.. kami pun berkahwin...Wlu pun dlm jangkamasa yg singkat namun tetap dilanda beberapa masalah.. tp ternyata Abahlah jodoh yg telah ditentukan oleh Allah.. Inilah yg dinamakan jodoh dan ketentuan Allah SWT.. Berkahwin dgn Abah adalah keputusan yg paling besar yg pernah Mama buat di dlm hidup Mama..

Anak2 Mama yg dikasihi.. Hidup ini satu perjuangan.. setiap ujian yg berlaku dlm kehidupan seharian merupakan latihan dlm kehidupan.. segala telah tertulis.. segalanya hanya diketahui Allah SWT.. pasti ada hikmahnya.. pasti ada pengajarannya..

Masa depan adalah perkara yg tidak ketahui sebelum sampai masanya..rezeki.. jodoh.. ajal dan maut semuanya di tangan tuhan.. dan kita sebagai manusia harus berusaha dan tabah menghadapinya. Sentiasalah mengingati Allah..


Satu kenangan yg membawa kpd sejuta kebahagian.....