Kenali Diriku

My photo
Air Itam, Penang, Malaysia
Aku Nurul Hidayah bt Aman. Dilahirkan pada 12/11/79.Berstatus isteri dan Mama kepada tiga cahayamata ini.

Thursday, March 3, 2011

Perginya Seorang Teman

27 February & 01 March 2011

27 Feb 2011

Selepas ke Kuala Kangsar Mama mengajak Abah ker Hospital Ipoh utk melawat seorg sahabat lama yg sakit bernama Azizul Azim.

Entah kenapa selepas mendapat tahu yg dia koma dan di masukkan ke hospital Ipoh drp sepupunya.. hati ini teringin utk melawatnya.. tp Mama takut dan tak sanggup utk melihat keadaannya kerana menurut abang kpd Azizul, keadaan Azizul sgt menyedihkan.. Mama menghintung hari yg sesuai wlupun hati ini ingin sangat pergi.. setelah mendapat tahu yg dia telah keluar drp wad ICU dan keadaannya sudah sedar.. barulah Mama punyai kekuatan utk melawatnya.. akhirnya Abah dan Mama pun melawatnya di Hospital Ipoh..

Ternyata penderitaan Azizul lebih hebat berbanding dgn apa yg Mama telah bayangkan.. Dia stroke sebelah kiri badan dan tak mmpu mengeluarkan suara krn peti suaranya telah dibedah utk memasukkan tiup supaya dia boleh minum dan makan ubat semasa dia didlm koma. Dia hanya mmpu menggerakkan bibir dan menulis di atas sekeping kertas.. dgn hanya menggerakkan bibir dan menulis dgn tulisan yg tidak sempurna kerana menulis sambil baring dgn tangan yg lemah amatlah sukar utk Mama memahaminya..

Menurut adiknya yg menjaganya, Azizul pitam dlm bilik air kerana tekanan darah tinggi. Mama dan Abah ternyata kehilangan kata2 dan hanya kata2 semangat utknya agar terus tabah dgn ujian tuhan ini.

Mengambil kesempatan setelah sekian lama tak bertemu Abah menemukan Nursufiah Hana dan Muhammad Haikal dgn Azizul. Dia mencium tangan Nursufiah Hana berkali2. Melalui gerak bibirnya dia berkata Nursufiah Hana comel dan cantik.. terukir satu senyuman berat dibibirnya.. wlupun berat tetap ternmpk keikhlasannya..

Tak lama slps itu doctor memberitahu yg Azizul telah boleh pulang ke rumah. Kegembiraan itu dikongsi bersama kami yg ada di situ.. syukur dia boleh pulang.. sekurang2 nya dekat utk kami melawatnya utk lain kali..

Kali terakhir kami bertemu adalah di majlis perkahwinan Mama dan Abah.. Kini setelah 6 tahun kami dipertemukan semula dgn keadaan yg amat memilukan.. Masa pula begitu mencemburui kami.. masa berlalu begitu pantas dan tak terasa.. sebelum beredar Mama dan Abah berpesan supaya dia makan ubat dan jg diri.. dia hanya melambai tangan dan tersenyum sayu..

01 March 2011

Bagai tersentap apabila membaca update yg dipost di dlm facebook drp Shahrol Fahami ( kawan Mama jg) yg Azizul telah pergi utk selamanya. Mama pergi ke rumah Azizul dgn seorg kawan sekolah juga kerana Abah x dpt pergi. Abah sibuk kerana ada meeting..

Mengimbas kembali kenangan Mama di zaman persekolahan dgn Arwah.. kami tak rapat di zaman persekolahan tetapi selepas sekolah.. Arwah seorg yg pendengar yg baik dan sering memberi nasihat jika Mama bermasalah. Arwah juga adalah org pertama yg Mama maklumkan bila Mama dan Abah berkawan rapat.. dan bila Mama dan Abah mahu bertunang dan berkahwin, Arwah jg antara org yg Mama kongsi kebahagian Mama. Dia jg dtg ke Majlis perkahwinan Mama..Cuma selepas berkahwin Mama dan Arwah tidak lg berhubung. Mama sibuk dgn kehidupan Mama.. Begitu jg Abah..

Mama menziarahi Arwah dgn kawan Mama jg. Ramai org yg meratapi pemergian Arwah..
sedih menyelubungi segenap perasaan.. terlalu sedih utk mengambarkan keadaan.. ibu bapa, adik beradik, sanak saudara tunang dan kawan2 terpaksa redha dng takdir tuhan.. ternyata Allah lebih menyanyanginya..

Yang paling menyentuh hati ialah ibu arwah..
Ibu mana yg x mengasihi anaknya.. hiba hati Mama bila ibu arwah mengusap dahi arwah buat kali yg terakhir.. perasaan hiba itu menggambarkan yg sayangnya ibu kpd anaknya tiada sempadan.. kasihnya ibu itu akan membawa ke syurga.. begitu juga kasih Mama kepada Nursufiah Hana dan Muhammad Haikal..

Arwah selamat disemadikan dgn tenang.. begitulah qada' dan qadar insan yg bernama Azizul Azim bin Musa.. dia menghembuskan nafas yg terakhir di usia 32 thn kerana tekanan darah tinggi dan jangkitan kuman di paru-paru.

Kepada cahayamataku Mama ingin berpesan.. seandainya kalian membaca surah Al Fatihah sedekahkanlah sama kpd kawan Mama ini.. doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg soleh.. Amin