Kenali Diriku

My photo
Air Itam, Penang, Malaysia
Aku Nurul Hidayah bt Aman. Dilahirkan pada 12/11/79.Berstatus isteri dan Mama kepada tiga cahayamata ini.

Saturday, March 13, 2010

Perginya Seorang Anak Kawan

3/3/2010

Cahayamataku.. Mama sangat saygkan kalian.. Nursufiah Hana semakin membesar.. dgn usianya yg mencecah 5 tahun, dia sgt bijak berkata2..

Muhammad Haikal pula kekadang benar2 menguji kesabaran. Bila malam menjelmaMuhammad Haikal akan buat perangai.. kadang2 mengamuk tak tentu pasal.. menangis dan menjerit.. tidak tahu apa yg dimahukannya.. sehinggalah dia terlena..
Dari hari kehari.. Nursufiah Hana dan Muhammad Haikal sering bergaduh.. mujurlah Nursufiah Hana seorg kakak yg kadang kala suka mengalah walaupun Muhammad Haikal yg memulakan pergaduhan..


Lebuh kurang pukul 8.30 malam Mama menerima msg drp kawan sekerja yg mengatakan anak seorg kawan Mama meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Sejujurnya Mama tak mengenalinya dgn rapat apatah lagi anaknya yg meninggal dunia itu.. Mama tdk merancang utk menziarahinya kerana jauh. Mama diberitahu bahawa anaknya akan dikebumikan pd mlm itu juga.

Pd keesokan harinya tanpa dirancang kawan sekerja yg lain merancang mahu menziarahinya.. Mama pun tumpang sekali.

Sesampai rumah kawan Mama.. Mama melihat kawan Mama dlm kesedihan. Dia menceritakan kejadian malang yg menimpa keluarganya.. ceritanya amat menyentuh hati Mama.. walaupun Mama tak pernah berjumpa dgn arwah anaknya.. tapi sbg seorg ibu, Mama dpt menyelami hati dan perasaan kawan Mama…

Selama 9 bulan kawan Mama mengandungkan anaknya dan selama 16 tahun kawan Mama membesarkan anaknya.. dgn sekelip mata.. anaknya pergi menyahut panggilan ilahi.. tambahan lg anaknya adalah satu2nya anak sulung perempuan diantara 3 adik beradik lelaki yg lain.
Dia sempat berpesan kpd Mama.. anak ini adalah kurniaan drp Allah.. setiap yg hidup pasti mati.. itu janji Allah. Namun diantara mereka dgn kita tak tahu siapa yg akan pergi dulu.. Walaupun kurniaan Allah namun tiada siapa tahu berapa lama mereka dipinjamkan kpd kita. Sayangilah anak2 selagi mereka masih ada..


Ajal dan maut ditangan Allah.. tiada siapa tahu bila dan ketikanya. Mama sentiasa berdoa semoga jgnlah Mama diuji dgn ujian yg sebegini.. Kata kawan Mama lagi.. hanya org yg pernah melaluinya yg tahu betapa hebatnya ujian Allah ini..

Air mata Mama mengalir laju.. pesan kawan Mama lagi.. layanlah anak2 dgn baik.. wlu pun dlm keadaan anak2 meragam.. menangis dan mengamuk.. kerana kita tak tahu berapa lama Allah akan pinjamkan buat kita..

Mama sayang Nursufiah Hana dan Muhammad Haikal.