Tuk memangku Nursufiah Hana di majlis cukur jambul.

Alfatihah...
Ini ialah Tuk Gemuk Hamsah bt Jais..
Tuk yang sangat menyanyangi Nursufiah Hana. Tuk Gemuklah yg menjaga Nursufiah Hana drp lahir sehinggalah Nursufiah Hana berumur 1 tahun setengah. Maklumlah Mama Nursufiah Hana seorg yg berkerjaya. Nursufiah Hana sgt manja dgn Tuk Gemuk. Aktiviti Nursufiah Hana dengan Tuk Gemuk setiap hari adalah menjaga kedai runcit. Nursufiah Hana akan jd Tokeinya. Sedari kecil Nursufiah Hana telah mempelajari skill communication sebagai customer service. Tu pasallah mulut Nursufiah Hana pun peramah macam Tuk Gemuk.
Wlu pun tak sihat tapi Tuk Gemuk tetap nak menjaga Nursufiah Hana bila Mama keluar berkerja. Tuk Gemuk cakap dia akan jaga Nursufiah Hana sampai bila2 selagi dia hidup. Dia tak mau berpisah dengan Nursufiah Hana. Bagi Tuk Gemuk Nursufiah Hanalah penawar segalanya. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan. Sudah ketentuan Tuhan setiap yg hidup pasti akan mati. Tuk Gemuk meninggal dunia pada 17hb Mac 2007 pd jam 7.00 pm setelah dua hari pulang dr Hospital Taiping. Tuk gemuk menghembuskan nafas yg terakhir di sisi anak2 ketika berumur 47 tahun.
Wlu pun Tok Gemuk telah tiada lagi tapi Mama nak Nursufiah Hana tahu yg Tok Gemuk sangat2 menyanyagi Nursufiah Hana kerana pd masa itu Muhammad Haikal masih tidak ada lagi.
