Kenali Diriku

My photo
Air Itam, Penang, Malaysia
Aku Nurul Hidayah bt Aman. Dilahirkan pada 12/11/79.Berstatus isteri dan Mama kepada tiga cahayamata ini.

Thursday, October 29, 2009

Admitted

Detik merunsingkan Mama adalah bila cahayamata Mama sakit dan tak sihat..

Nursufiah Hana adalah anak Mama yg susah sekali nak makan ubat. Muhammad Haikal pula seorg yg suka jatuh sakit sewaktu berumur antara 3 bulan dan 1 tahun.

Bila sakit hospital yg terdekat adalah Hospital Lam Wah Ee.




Nursufiah Hana dimasukkan ke hospital kerana demam panas.



Muka Nursufiah Hana yg tak sihat. Wlupun sakit tapi tetap tak mau makan ubat.




Dua2 sekali admitted di hospital..

Ini adalah saat yg paling cemas bagi Mama kerana kedua2 anak Mama sakit dan masuk hospital. Nursufiah Hana demam panas dan Muhammad Haikal Selsema dan kahak yg teruk.




Muhammad Haikal selalu tak sihat.. boleh dikatakan setiap minggu jatuh sakit sewaktu nak berumur 1 tahun. Setiap minggu Muhammad Haikal akan demam berganti batuk dan selsema.




Setiap kali Muhammad Haikal sakit tak lama kemudian mesti Nursufiah Hana pula akan sakit.. begitulah berganti2 sakit.
Suatu hari Muhammad Haikal demam. Ia bukan suatu yg luar biasa kerana setiap minggu Muhammad Haikal akan demam. Pd waktu itu Muhammad Haikal berumur 1 thn lebih. Setelah makan ubat pd pukul 8 mlm, Muhammad Haikal pun tidur dgn lena. Sudah menjadi kelazimannya jika Muhammad Haikal demam, Nursufiah Hana pun akan demam. Badan Nursufiah Hana panas lalu Abah pun membasahkan seluruh badan Nursufiah Hana dgn tuala basah dan air asam jawa seperti petua org tua2. Selepas dipaksa makan ubat Nursufiah Hana pun tidur.
Lebih kurang jam 3 pagi, tiba2 Muhammad Haikal menjerit lalu Mama dan Abah terkejut drp tidur dan mendapatkannya. Muhammad Haikal mengalami febril fits. Mama sgt terkejut dan mengangkat tubuh kecil Muhammad Haikal terus ke bilik air. Abah mencurahkan air ke tubuh Muhammad Haikal menggunakan air paip. Selepas beberapa minit baru Muhammad Haikal sedarkan diri. Tubuh kecil Muhammad Haikal tak bermaya dan keletihan yg amat sgt. Tanpa berlengah Abah dan Mama terus ke hospital.
Tiba dihospital Muhammad Haikal dan Nursufiah Hana dibasahkan dgn tuala basah. Mama mengangis tak henti2 dan berdoa semoga tiada apa2 berlaku pd Muhammad Haikal. Muhammad Haikal di masukkan ke wad manakala Nursufiah Hana hanya dirawat sbg pesakit luar.
Di dlm wad Mama masih tak henti2 menangis sehingga ditenangkan oleh nurse dan doctor di situ. Hati Mama sentiasa risaukan keadaan Muhammad Haikal sehinggalah pd keesokkan harinya keputusan darah yg menyatakan Muhammad Haikal tidak apa2.
Wlupun tiada apa2 tp Muhammad Haikal harus diawasi jika dia demam lagi. Suhu badan demam yg tinggi boleh menyebabkankan tarik lagi. Jika tarik sekali, ia akan berlarutan sehingga umur 6 tahun. Doktor bekalkan 1 ubat yg khas utk tari sahaja. Ubat itulah yg selalu dibawa ke mana2.. Kata doktor lagi perkara ini biasa kpd kanak2 jika mereka mengalami demam yg terlalu panas tetapi jika terlalu kerap ia akan ada kesan sampingan.
Ya Allah.. semoga ini kali yg pertama dan terakhir anakku mengalaminya. Aku berdoa kpdMu jgnlah berulang lagi.. cukuplah sekali.. jgn berulang lagi.. jgn berulang lagi..
Cahayamata Mama.. setiap kali kalian sakit Mama sgt2 susah hati.. Mama akan menemani sehingga pagi kerana Mama takut insiden itu berulang lagi..